"Dan belanjakanlah hartamu di jalan Allah dan janganlah kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (al-Baqarah: 195)
Ayat ini ditafsir dari berbagai dimensi tanpa merujuk kepada maksud sebenar ayat ini diturunkan. Akibatnya berbagai penyimpangan pemahaman yang terjadi. Mari kita hayati maksud sebenar ayat ini.
Jangan tinggalkan medan perjuangan
Semua orang mukmin wajib bertindak mempertahankan agama Islam dari musuh-musuhnya dengan segala kemampuan yang ada pada dirinya demi mempertahankan agama Islam bahkan nyawa menjadi taruhan dengan mengharap mati syahid.
"Diwajibkan atas kamu berperang padahal berperang itu sesuatu yang kamu benci boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Jangan kerjasama dengan musuh Islam
Petunjuknya sangat jelas di dalam al-Quran, "Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin, barangsiapa yang berbuat demikian, lepas ia daripada pertolongan Allah." (Ali-Imran: 28)
Sejarah membuktikan kerjasama dengan kafir untuk tujuan mendapatkan kuasa, semuanya merugikan umat Islam. Seperti yang dialami oleh Al-Kami, Perdana Menteri bermazhab Syiah dalam kerajaan Bani Abbasiah bekerjasama dengan Genghiz Khan untuk merebut kekuasaan di tangan khalifah. Akhirnya khalifah terbunuh. Al-Kami tidak mendapat apa-apa yang dicita-citakannya.
Begitu juga yang berlaku dalam kerajaan Islam Sicily. Pemimpin Islam bekerjasama dengan kelompok-kelompok mazhab Kristianyang berbeza untuk saling merebut kuasa, akhirnya Sicily terlepas daripada umat Islam dan Kristian berkuasa kembali di pulau itu.
Sama seperti apa yang terjadi di Sepanyol kerana saling merebut kuasa maka toifah-toifah Islam saling bekerjasama dengan Yahudi dan Kristian untuk merebut kekuasaan. Akhirnya kekuasaan terlepas dari tangan umat Islam dan Kristian serta Yahudi menguasai Sepanyol.
Begitu juga yang terjadi di India ketika raja-raja Islam saling bercakaran dan mencari teman penyokong daripada golongan Hindu yang saling mencari penyokong, akhirnya kekuasaan terlepas daripada umat Islam dan direbut oleh British.